Frenzie, berikut ialah my sugar experience about our trip, mencandat sutung, on 24~25 June, 2011.
Walau agak tergesa gesa jugk, berikutan maklumat dr sumber CNN dan AlJaera, mngatakan, musim sutung akan ber akhir tidak lama lagi, ber sempena dgn ber akhirnya progrem AF dan Maharajalawak (musim sutung ikut progrem tv rupanya)
...dan kami hanya mempunyai masa more less, 2 weeks time, utk kami mmbuat preparation...(apatah lagi, ramai yg 1st timer, termasuklh 'haku'---kalau mcm pudin, wanzamansam, sifu mie, kacang tanah sajew bg mereka, mcm pegi psr minggu jew....suutung lompat sendiri masuk dlm baldi!).
Akn ttpi, mcm biasalah, dgn kesebukkn kerja, sibuk dgn hal hal lain, aku mcm hanya take it easy shj...Aku nekad, never ever utk miss trip kali ini, kalau tidak, tidak tau bila agaknya, baru ber kesempatan...
bentak hati ku, "ah, trip ni biasa saja, dulu masa budak2, selalu aku ikut trip ke brmcm mcm pulau; pulau kapas, pulau perhertian besar/kecik, p pinang, pulau singa pun, bkn sekali, ttpi, berkali kali....pe de hal?"...
(d trengganu, byk pulau2 yg mnearik, termasuk pulau wan mang, pulau musang, pulau rusa, pulau kambing, pulau kerengge, dan lain lain lagi..)
Sblum menjelang bbrp hari d rancangkan, sempat lagi kami ber-afta five TT d restoren Dini, ramai jugalh ofis mate yg sudi utk hadir, volunteer utk sharing cerita2, berkongsi pengalamn dan petua. Sesi TT kami brtmbah meriah dgn kehadira din panjag, hafis jejaka pemalu, rave bdk nakal, broder HH, pudin, dan inspektor pejal--lawak lawak lawak!....(..kalau cik bob joint, mesti ada meja yg pecah, idak pun, mgkin tokey restoren Dini rezain 24jam---ha3, gurau ajew bos..).
Di antara topik kami yg paling hot ialah: sharing cara2 dan petua utk mengelak mabuk laut.
Kata mereka, mabuk laut, lebih kritikal dr mabuk tiger..mcm hampir trcabut urat perut, tak lalu makan, dan tak lalu semuanya...malahan, nk lontar sret pun tak terdaya...(betul dop ni?)...
tapi ada juga yg mencelah, ..."alahai, ada org willing to pay for thousand2 lemon, just for mabuk, ek ele, tapi, "mabuk" laut tidaklah se mahal mabuk kepala singa, free je beb!", kata sahabat2...
petang tu, riuh-damak Dini!
Berikut ialah beberapa petua yg boleh d ambil kira:
Don't:
- Jgn bfast makan makanan yg ber-minyak, nasi minyak, apa2 sj yg mengandungi byk minyak (tdk kira ron 95, atau 97, tdk boley ma!) . . .
- Jgn duduk d depan bot (masa bot ber gerak).
- Elakkan bau diesel dan asap
- Bawa bekal asam-masin.
- Pandang jauh ke laut, jgn pandang lantai bot
- Makan pil mabuk, 1/2 jam sebelum naik ke bot.
*sempat aku beli tablet NOVOMIN, di farmasi sebelah Klinik Habibah, dkt pasar besar chukai...RM5! (10tablet)
Seperti yg d janjikan, kurang bbrp minit ke pukul 11pg, pada 24hb Jun, 2011, kedengaran semacam bunyi honk Nissan GL Impulse, ponk ponk ponk....OoooooOooo, tuan pudiin sdh sampai (aku telah mmberikan tafsiran kpd plate kereta baru pudin, iaitu: 2111= two oneee=tuan)
Pudin tiba ber sama 1 org sahabat yg aku "ingat-ingat lupa".
Pg itu, ku lihat, yg paling exited, ank lelaki aku, Que Wazisf...ber semangat, walau dlm hati kecil ku bertanya, "bgmnkh agknya dia nanti? mabuk ke dia? kesian ...takpe, dia akan melalui 1 proses tumbesaran,sebagai llki yg sejati, sebgai hero"...
apatah lagi, mama dia pun setuju dgn idea aku--tenguklh nanti--mama dia mmberikn semangat, "he will gonna be okay then, insyllh".
dan, bgku, "kena blajar jadi nakal jugak, utk persediaan diri utk future survival, in real life"--kata hatiku utk menyedapkan lagi persaan aku. aish! tersyasyur pulak aku ni, keluar topik ni, sorry bro!
Check point pertama yg terdahului d persetujui ialah, stesyen minyak Shell Paka; di mana kami akan berkumpul sbyk 3 kereta pada 11-1115pg.
Akan tetapi, broder Faizal telah membuat sedikit perubahan, d sbbkan 1 kereta dr chukai agk lewat sampai, so kami setuju utk ber- check point di Duryan Mentagau...kami menuggu d bawah sebatang pokok yg ada banyak kerengge, d kiri persimpangan ke Duyan Mentangau.
Check point seterusnya ialah kg Rhu Muda; check point cum brunch, sblm ke destinasi seterusnya, Masjid Terapong utk ber solat Jumaat.
CBW-7707 memecut laju, merintasi jambatan baru Kuala Dungun, via by pass, kg seberang Pintasan...di ekori oleh NGL 2111.
Selepas solat Jumaat, semua mula ber kumpul di check point terakhir, sebelum memasuki premis Pelabuhan LKIM Chendering.
Sembang2 "0" dgn pakcik kelaut yg lepak berhampiran jeti (pakcik ber t shirt kuning, tripel stripe di bahu tu), katanya, "mabuk darat" lagi truk dr mabuk laut...bila sdh sampai ke jeti/daratan, masih nampak jalanraya macam ombak lagi, nk drive pun tk boleh, sampai bbrp hari baru back to normal--pergh! ngeri gak sposen.
Setelah bbrp detik berlalu, kami dpt perkabaran, bahawa, bot sdh ada along side di jeti, "bot yg paling molek, paling besar" ---hahahaha, legaaaa rasyer hati. Seme geng senyum puas hati.
tanya geng2, "bot mana se?".
jwb organiser, "pok hamid kata, bot yg atasnya ada bendera malaya".
pergh!!!! masaellahnya, banyk bot yg pasang bendera malaya, berkibar...
....takpe takpe, relax rr bro, dah tak lama lagi ETD eni taim.
sampailah masanya, utk kami ber jln, menuju ke lokasi bot, lagak perasan macam pahlawan--hihihi.
Setelah kurang lebih 1 jam, tetiba enjin bot di perlahankan. baru dkt pukul 6ptg. Setibanya di situ, kelihatan ramai jiran tertangga, di kiri/kanan, trmasuklh bot polis peronda.
Rasa amat selamat, kerana, jika terjadi sesuatu, kami ber kumpulan, dan tidak keseorangan.
Geng2 pro, sibuk melabuhkan candat masing2; ter dapat ber bagai teknik; ada yg menggunakan fishing rod, ada yg menggunakan 'sret', tp, matlamatnya, tetap sama, utk menaikkan sutung seberapa banyak dan cepat...
Kelihatan petang itu, hampir 99.9% concentrate kpd aktiviti mencandat sutung, ber harap utk menjadi hero, utk menjadi cerita menarik utk tahun 2012, dan seterusnya...bbrp kategori faveret, seperti, naik sutung yg 'terawal', dan 'terbesar'...Ramai juga kategori pro, telah terbunkam; hanya setelah bbrp kali tali 'sret' di layan....tewas, ter sadai, ter tiarap, ter tido sampai pagi..(ter masuklh org kuat penganjur...katanya salah makan--masa sblum turun ke laut...)
Kami di landa ribut pada pertengahan malam, di lokasi 'kandang' yg ke tiga...lintang pukang semua, basah kuyup. Goreng sutung fresh, cicah sos, ber sama kopi Kawa Cap Apple, menjadi santapan sementara menunggu hujan teduh...
Setelah hujan berlalu, dan perut pun sudah ter isi, basah dan kesejukan hujan ter ubat dgn kejutan ikan kachi! ---, tetiba terdengar pekikkan dan laungan kegirangan, .."besar punya!", ..besar punya!", agaknya , lokasi hijrah kami yg ke-tiga ini, mungkin 'kandang' kanchi? (ikan pertama dianggarkan, lebih 3 kilo, berbaloi).
ikan buntal pun makan umpan?---tp, kami melepaslkannya smula.
Menjelang subuh, suasana di atas bot amat sunyi...
Se awal pg yg dingin, tekong sudah ber siap siap mengemas utk berangkat pulang ke jeti...sambil ber bual bual kosong, minum teh 0 panas cicah biskut jagung cap pinpong, kami mengimbas tentang penglaman semalam, dan perancangan utk tahun 2012, dan tahun mendatang. Kami bertukar tukar kontek, utk saling ber hubung, manalah tau, jika d izinkan Allah, kami akan buat family trip, atau ofis trip la pulak...
Serasakan masa ber lalu begitu pantas. Bot bergerak malas pulang ke jeti, membelah arus yg baru hendak menjadi...
Selepas membahagikan hasil sama rata, kami setuju utk TT yg ter akhir di Nasi Dagang Mak Ngah...(atau d kenali, nasi dagang 70 riyal)...
Akitiviti kami bersurai sebelum lunch hours, hari sabtu, tanggal 25 June 2011, dan masing masing berangkat pulang, dengan mengekalkan statistik, "Zero Injury, but 1 Sweet Memories"....
not forget, to congratulate my son, Que Wazisf, due to his keberanian joint trip ini, dan krn berjaya menaikkan sutung sendiri, Congret my Son!
Thanks Allah, all safe.
The End.
Di sediakan oleh: Mr Eng.
hahahaha.best sangat!
ReplyDeletesha: next time kita g sama, ajk danish dan elissa, mama...aya..awis.
ReplyDelete